Friday, 22 July 2011

Pergi trip...Endau Rompin (Kg Peta): World’s Oldest Tropical Rainforest

Dah lame tak pegi trip yang serius camni.... last trip yang betul2 adventure aku pegi ialah pade Julai 2007(kalau tak salahlah)iatu Trip ke Gunung Tahan melalui Merapoh-Tahan-Merapoh. Memang trip betul2 mencabar mental & fizikal aku. Mental & Fizikal harus balance, kalau tak.... kau takkan enjoy trip tersebut.

Gambar kenangan bersame yang pegi

Gambar ini ambik mase makan tengahari hari pertame trip. Tapau nasi lemak kat pintu masuk taman negare bekalan tengahari tu. Kenangan kat pit-stop ni, sambil makan-sambil perati pacat... Hehe he memang terbaiklah...








Sedikit jadual waktu untuk trip aku kali ini..... pade awalnye lepas beberape geng opis yang dah kensel nak pegi, aku pun dah takde mood untuk teruskan trip ni. Tapi mengenangkan kwn aku dah bookingkan tempat dlm trip ni, aku redho jelah turun. Melayang la duit nak beli tights 2XU untuk buat pakai marathon

Beg Karrimor

Ikutkan ni baru kali ke2 aku pakai beg ini utk trip trekking ni. Trekking Denai Mat Kilau yang lepas aku hanye bwk beg sandang & Water Beg aku je. Mcm tak berbaloi untuk Karrimor ni nak bertugas. Lepas ni tak tau brape lame Karrimor ni hibernasi balik.
Inilah makan tengahari aku untuk 3-4 hari ni. Mengikut ape yang aku paham kan dari forum, Peserta hanye disediakan makan malam sepertimane trip aku ke Gunung Tahan yang lepas. Harap2 memadai lah ye... Ape yang penting, sampah sarap pembungkus jajan ni bawak balik keluar. Jangan la bawak perangai buang sampah merate2 tu ke dalam hutan.
Sedikit jadual yang aku peroleh dari forum  http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=9&t=3869
1. Tempat Berkumpul pada 22.7 adalah di stesyen LRT Sri Pertaling jam 1130 mlm

2. Jadual Perjalanan
Hari 23.7 Sabtu
0730 Sarapan pagi di Kahang (sdn bhd)
0830 Pendaftaran di Pej ERNP, Kahang
0900 Kahang ke Kg Peta (55km)
1100 Taklimat di Pej Taman Negara Kg Peta
1130 Boat ke Kuala Jasin
1230 Makan tengah hari di Kuala Jasin (bungkus sdn bhd)
1330 Kuala Jasin ke Kuala Marong
1530 Kuala Marong
1600 Upeh Guling (sebelah kanan)
1900 Makan Malam

Hari 24.7 Ahad
0800 Sarapan
0830 Kuala Marong ke Air Terjun Buaya Sangkut (5km)
0900 Upeh Guling
1000 Batu Hampar
1045 Takah Kunyit
1130 Bukit Helang Ngantuk
1230 Takah Buaya Sangkut
1300 Air Terjun Buaya Sangkut & Makan Tengah Hari
1500 Air Terjun Buaya Sangkut ke Kuala Marong
1900 Kuala Marong
2000 Makan Malam
Nota:
1. Day pack (air minum, pinggan dan cawan)
2. Lampu suluh

Hari 25.7 Isnin
0800 Sarapan
0830 Tasik Air Biru
1000 Kuala Marong ke Kuala Jasin
1300 Makan Tengah Hari
1400 Aktiviti bebas di Kuala Jasin
2000 Makan malam

hari 26.7 Selasa
0800 Sarapan
1000 Kuala Jasin ke NERC
1100 Demo
1130 Kg Peta ke Kahang
1400 Makan Tengah hari di Kahang (sdn bhd)
1600 bergerak ke KL      

Semoge aku selamat pergi & selamat kembali bertugas.              

1 comment:

  1. Wunan,

    Re: Gangguan

    Emel x diterima. Sila emel semula.

    ReplyDelete