Thursday, 28 July 2011

Website @ Forum untuk geng2 lari...

http://www.hooha.asia/




Aku jumpe website ni mase browse carik info tentang event lari2 / marathon ni. Kene daftar dulu as user la, boleh la katekan agak friendly info website ni, senang cakap... macam2 info ade. Nak tahu kalender event marathon untuk satu tahun yang dah confirm pun ade.



Ni salah satu menu yang aku jumpe dalam website tu. Aku panggil ni air jus super. Aku dah amalkan selame beberape bulan ni, macam ok gak la. aku amalkan minum sebelum pukul 7:30 pagi n amik sarapan tambahan selepas 1 jam

Paling aku suke menu ni bile hari minggu, amik menu ni n aku boleh kayuh sejauh 40-45 km tanpe ambik ape2 solid food.




Selain dari Putrajaya Night Run Marathon 15 Oktober, event seterusnya ialah Penang Bridge Marathon pade 20 November ni. event ni aku apply untuk jarak 21 km. Harap2 takde ape yang tak di ingini sebelum & selepas larian ni

Friday, 22 July 2011

Pergi trip...Endau Rompin (Kg Peta): World’s Oldest Tropical Rainforest

Dah lame tak pegi trip yang serius camni.... last trip yang betul2 adventure aku pegi ialah pade Julai 2007(kalau tak salahlah)iatu Trip ke Gunung Tahan melalui Merapoh-Tahan-Merapoh. Memang trip betul2 mencabar mental & fizikal aku. Mental & Fizikal harus balance, kalau tak.... kau takkan enjoy trip tersebut.

Gambar kenangan bersame yang pegi

Gambar ini ambik mase makan tengahari hari pertame trip. Tapau nasi lemak kat pintu masuk taman negare bekalan tengahari tu. Kenangan kat pit-stop ni, sambil makan-sambil perati pacat... Hehe he memang terbaiklah...








Sedikit jadual waktu untuk trip aku kali ini..... pade awalnye lepas beberape geng opis yang dah kensel nak pegi, aku pun dah takde mood untuk teruskan trip ni. Tapi mengenangkan kwn aku dah bookingkan tempat dlm trip ni, aku redho jelah turun. Melayang la duit nak beli tights 2XU untuk buat pakai marathon

Beg Karrimor

Ikutkan ni baru kali ke2 aku pakai beg ini utk trip trekking ni. Trekking Denai Mat Kilau yang lepas aku hanye bwk beg sandang & Water Beg aku je. Mcm tak berbaloi untuk Karrimor ni nak bertugas. Lepas ni tak tau brape lame Karrimor ni hibernasi balik.
Inilah makan tengahari aku untuk 3-4 hari ni. Mengikut ape yang aku paham kan dari forum, Peserta hanye disediakan makan malam sepertimane trip aku ke Gunung Tahan yang lepas. Harap2 memadai lah ye... Ape yang penting, sampah sarap pembungkus jajan ni bawak balik keluar. Jangan la bawak perangai buang sampah merate2 tu ke dalam hutan.
Sedikit jadual yang aku peroleh dari forum  http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic.php?f=9&t=3869
1. Tempat Berkumpul pada 22.7 adalah di stesyen LRT Sri Pertaling jam 1130 mlm

2. Jadual Perjalanan
Hari 23.7 Sabtu
0730 Sarapan pagi di Kahang (sdn bhd)
0830 Pendaftaran di Pej ERNP, Kahang
0900 Kahang ke Kg Peta (55km)
1100 Taklimat di Pej Taman Negara Kg Peta
1130 Boat ke Kuala Jasin
1230 Makan tengah hari di Kuala Jasin (bungkus sdn bhd)
1330 Kuala Jasin ke Kuala Marong
1530 Kuala Marong
1600 Upeh Guling (sebelah kanan)
1900 Makan Malam

Hari 24.7 Ahad
0800 Sarapan
0830 Kuala Marong ke Air Terjun Buaya Sangkut (5km)
0900 Upeh Guling
1000 Batu Hampar
1045 Takah Kunyit
1130 Bukit Helang Ngantuk
1230 Takah Buaya Sangkut
1300 Air Terjun Buaya Sangkut & Makan Tengah Hari
1500 Air Terjun Buaya Sangkut ke Kuala Marong
1900 Kuala Marong
2000 Makan Malam
Nota:
1. Day pack (air minum, pinggan dan cawan)
2. Lampu suluh

Hari 25.7 Isnin
0800 Sarapan
0830 Tasik Air Biru
1000 Kuala Marong ke Kuala Jasin
1300 Makan Tengah Hari
1400 Aktiviti bebas di Kuala Jasin
2000 Makan malam

hari 26.7 Selasa
0800 Sarapan
1000 Kuala Jasin ke NERC
1100 Demo
1130 Kg Peta ke Kahang
1400 Makan Tengah hari di Kahang (sdn bhd)
1600 bergerak ke KL      

Semoge aku selamat pergi & selamat kembali bertugas.              

Wednesday, 20 July 2011

Event oh event marathon untuk tahun 2011....

Tahun 2011 aku dah selamat kembali semula ke bumi kajang n kl... sejak aku tinggalkan arena offroad dan diganti dengan road pade tahun 2010, dah jarang aku masuk ape2 event berbasikal. Event terakhir offroad yang aku join ialah

PCC Presidential Ride 2009

Event ini merupekan bapak kepade segale event2 berbasikal kat malaysia ni... satu2nya event yang dinantikan oleh pembasikal2 tegar tak kire die-hard MTB atau Roadies. Aku ambil mase dalam 7 jam untuk completekan the whole loop. ikutkan dah lame aku chicken kat cp3. Organiser ni mmg terer bab2 mendera mental dan fizikal pembasikal tegar mcm aku. Tahun ni nampaknye mmg aku miss legendary event ni coz aku dah takde mtb n stim kat offroad dah kurang.

Bagi menggantikan gian2 dan juga untuk trainingkan diri bagi persiapan untuk menghadiri event2 road seperti Malakoff & Century Ride 2012 ni, aku dah balun aktiviti marathon. Kat KL ni senang sikit untuk aku join event2 ni, melambak betul.... sane-sini ade event. Berikut 2 event yang aku dah join untuk tahun ni...

KL Towerthon Challenge 2011
hahah ha mmg gile la event ni... tapi mmg seronok la lari       (heheh he bnyk jln je dlm tangge kecemasan tu) nasib baik la aku register awal untuk event ni. Organiser lepaskan group by group. Aku dalam group ke2, so tangge tu masih kurang basah. Member aku cerite mase die naik, ade org muntah kat tangge. Aku punye finishing ialah 38 minit 03 saat, kalah ngan kawan aku... tulah, makan angin sangat mase tu. mesti repeat lagi tahun depan kalau panjang umur.










KL Standard Chartered 2011
1st event marathon / jogg yang aku masuk untuk tahun ni. Oleh sebab first-time, aku cume register untuk kategori 10 km. Last aku masuk event marathon2 ni mase aku sekolah menengah form 1 & form 3(itu pun kene pakse ngan senior) Lepas 15-16 tahun, baru aku start semule. Mule2 sewaktu berkumpul di starting point, mcm2 perasaan ade. Gugup, takut, tak confident n mcm2 lagi lah yang melande. Selepas 2 km pertame, aku mule rase seronok. Mase ni aku rase menyesal tak register 21 km punye kategori. degil tak nak ikut nasihat org2 tua la katekan. Timing aku mase event ini 1 jam 13 minit. Jadilah untuk orang baru mcm aku ni. Target aku sebelum tahun depan nak buat 10 km bawah 1 jam!







Pastu dah ade beberape event marathon yang aku dah register nak masuk lepas raye ni. Ade mase sebulan nak carik balik fit aku coz aku akan rehat sebulan mase bulan puase ni. Aku takkan kayuh atau jogg malam2. puas aku fikir pro & con training bulan2 puase ni. Bulan puase ni nak buat amal lebih sikit... buat bekalan untuk mase depan, heh!

Wednesday, 13 July 2011

Jerebu...

   
Gambar dari  http://mamaerra.blogspot.com/

Hai nasib2.... setiap tahun masalah jerebu aje sekarang ni. Rasenye negare kite pun dah tak larat lagi nak larang / nasihat jiran agar tak main api. Simpanlah sampah tu buat "biomass", huhu hu ni tak... jenuhla aku yang nak buat aktiviti tiap2 petang ni...

Cancel la cycling kat highway Duke atau jogging kat titiwangse, perit dowh nak bernafas bile tengah jog atau kayuh dalam keadaan sekarang ni. Hari biase mmg la boleh tahan lagi coz aku boleh ganti kat gym opis ni. Hari minggu kalau tak kayuh?.... aiyakkkkk rugi lorrrrrrr kene2 skang ni dah nak puase(dlm 2-3 minggu) tolak satu minggu aku pi trekking nanti, tinggal 2 minggu je nak kayuh sabtu n ahad ni. Bulan puase carik aktiviti lain, malas aku nak kayuh atau jog malam2 ni

Alhamdulillah pagi tadi belah kl dah hujan sikit...kurang la jerebu nye. Sekarang pun langit gelap macam nak hujan, kurang la jerebunye. kalau cuace cantik, petang ni aku akan jog trek baru. Boleh la rekod trek baru ngan sport-tracker ni.

Sunday, 10 July 2011

MTB... hobi baru

Kembali mengayuh selepas 17 tahun aku tinggalkan aktiviti ini(last sekali mase aku umur darjah 6) Kene racun ngan geng opis aku. Bermula dari intai2 beberape website kedai basikal dan website untuk kaki2 basikal cari barang 2nd hand iatu http://bicyclebuysell. Akhirnye pada Februari 2007 aku pun memiliki sebuah basikal. Terbang gak duit gaji + overtime aku dalam 950. 

Gmbr basikal kwn aku yg serupe



Team Powerstik ini merupekan first group berbasikal yang aku follow kat kl ni. Team ni lenih specific kepade riding downhill. First time ikut group kayuh, aku terpikir... betul ke ape yang aku buat ni?.... gile nak terjun gaung ke camni?.. setup basikal pun untuk xc @ cross country. Mase ni aku lebih gemar follow kawan aku kayuh kat jalanraye berbanding kat kiara ni.
Geng2 Powerstik




































Pade 02/01/2008 aku telah memohon untuk berkhidmat di pejabat baru agensi aku di Johor Bahru. Disane juge aku telah menyertai sebuah kelab MTB yang bergelar Cyclemotion JB. Aku jumpe group ni setelah chatting dengan salah seorang ahlinye iatu En Panjang @ Jafa di website bbs. Kebetulan rumah yang aku sewa di Jb berdekatan dengan rumah Sham besar. Dengan group ini juga aku memahami erti sebenar xc @ Cross country. Aku banyak terhutang budi dengan sham besar. Beliau lah yang selalu train aku sewaktu di Jb. Hari Selase & Jumaat kami akan berkayuh dari Kg Melayu - Jb - Teluk Danga - Istana - RTM - Larkin. Hari  minggu pula samade Senai, Kulai, Gelang Patah, Ulu Choh, Plentong(Favorite aku), Kota Tinggi dll. Group ini juga aktif menyertai event sperti KLMBH, Kuala Lumpur Mountainbike Hash & Presidential Ride dan ape2 event berkenaan MTB.

Gambar sewaktu di Ulu Rening dengan CM untuk event KLMB 2008

Kesilapan akibat gagal berfikir panjang sebelum membuat keputusan mengakibatkan hubungan aku agak dingin dengan CM. Ini memang kelemahan aku. Kini aku cume mengambil tahu mengenai perkembangan kumpulan CM melalui FB atau website kumpulan tersebut. Insyaallah satu hari aku akan kembali ngeteh bersame diorg semula. Mane boleh lupe setelah kawan nak dekan 2 tahun, banyak kenangan manis(kene belanje makan, layan single trek plentong, pegi event ramai2) n pahit(rantai basikal buat hal first time masuk hash, layan bukit tak abis2 kat batu pahat, aku jatuh kat trek bukit indah, layan bukit kat melake) bersame diorg ni. aku dah anggap diorg ni semue mcm adik-beradik sendiri aje























Thursday, 7 July 2011

Pilih satu antare 2 item ni.....

Akhir tahun ni terpakse membuat pilihan yang berat... hanye boleh memilih salah satu daripada 2 item dibawah. Ikutkan memang aku dah balun beli ke2nye sekali, tapi mengenangkan bajet poket yang ade terhad @ limit (why la bukan limitless mcm dlm game Metal Gear Solid).

Ke2 item ni pun penting dalam aktiviti sekarang yang aku buat ni. Dalam kepale sekarang masih mengire, tolak-tambah-bahagi-kali agar item2 tersebut dapat dimiliki serentak... walaupun harapan yang sangatlah tipis, sedih la pulak... huhu hu sape suruh tak beli mase dapat kwsp dulu?.....










Item : Spek Oakley Jawbone, kaler theme ala2 Green Hornet.

Tujuan : Melindungi mate dari sinaran matahri ketike kayuh basikal atau semase join mane2 marathon, hensem tambah 20 markah bile aku pakai, kawan katelah

Harga : Setakat ni ngikutkan survey kedai yang ade sales, minus 25% dlm Rm 800... Kedai kamarul rekemen dalam Rm 750....





Item : Jam Tangan Polar CSX

Tujuan : Membantu dalam merekod kelajuan mase semase jogging atau mase marathon. Jam ini juge boleh merekod "Heart Rate" si pemakai bagi mengawal kelajuan "Heart rate"(cume model ni aku tak pasti ade appilaksi tersebut)

Harga : Masih dalam lingkungan Rm 700 - Rm 800 bergantung kepade kedai dan sales yang mereka buat. Nak beli online aku tak reti pulak & juga takut barang hilang semase dalam proses penghantaran.





Satu lagi faktor yang bakal mempengaruhi pilihan di atas ialah bonus dari goment.... huhu hu Dato' Seri Najib sile la bagi bonus cukup bulan. Asyik2 insentif saje 2-3 tahun ni kan... tapi ikut jelah rezeki yang tuhan nak bagi tahun ni kan?... kami bersyukur aje



 

Wednesday, 6 July 2011

First post.... moge2 berpanjangan la

hahah haha... setelah sekian lame berfikir samade nak menulis atau tidak, akhirnye aku amik keputusan untuk menulis semula. Bukan ape, saje nak ngisi mase lapang kat opis ni (Free sangat sometimes tu sampai aku rase bersalah lak)

Sebelum ni aku pernah jugak menulis blog ni, tapi disebabkan leke dek aktiviti game online, maka aku tinggalkan blog tu (aku padam dulu isi2 yg aku tulis sebelum ini)

Mase atas moto nak pegi n balik keje banyak je idea nak tulis ape..... time ngadap PC ni? nan hadooo je memanjang.

Oh ye berikut merupakan antare hobi2 waktu hari minggu n time petang selepas tamat keje (kalau tak kejar buat OT)




1.) Lari / Jogging.....

Gambar, Ikhsan dari google
tiap petang skang ni kalau cikgu aku tak free (kene standby bos) make aku jogging la kat area tasik titiwangse. Jarak yg aku biase buat utk mase ini ialah 10 km / 1 jam 09 minit. Aku target awal tahun depan aku dapat buat bawah satu jam(huhu hu cite2 tinggi ni)

4-5 tahun lepas mmg aku rajin jogging ni, tapi lepas aku kene racun kayuh basikal... terus aku tinggalkan lari2 anak / jogging. aku hanye start semule tahun 2010 lepas, itu pun lepas terime nasihat dari geng2 kat Johor ni...



Gambar Ikhsan Google

Oh ye utk hobi lari2 ni pun aku ade cikgu gak( member seopis yang gile + addicted lari)....hahah ha
Kalau dah asyik jogging je petang2, takkan taknak try masuk event kan?... yeahhh inilah event ke2 aku utk tahun ni, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2011. Aku join kategori 10 km aje, dimane aku rase rugi sesangat.... kenapelah aku tak pi register 21 km dulu dowhhh!!!... mase aku 1 Jam 13 minit, dapatlah placing ke 9++ dari 4534 peserta kategori aku


Gambar, ikhsan dari Blog Cycling Addicts Kajang

Inilah aktiviti utama aku setiap hari minggu buat mase ini, main game dah jatuh no.3 buat mase ini. Gambar di ambil oleh kawan sekayuhan ku faizol yang cukup humble. Aku kenal geng2 kayuh ni ketike mencari group kayuhan sekitar rumah aku (nnt aku cerite serbe sedikit tentang group ni)






Gambar, amik dari blog Mike Murano of Cycling Asia

Yeahhh satu lagi event yang aku nak masuk ialah, event roadbike. Setakat ni hati n fikiran aku tak berani nak bagi kat "green light" kat badan n kaki aku. Mane taknye, event mcm ni koman2 160-180km bergantung kepade organiser. Nak lawan bukit + Matahari + angin, tak cukup training badan n mental... memang naik lori la nanti (mmg malu beb). Aku target tahun depan aku dah cukup ready nak join, so utk tahun ni... sile la kuatkan badan dan kaki tuan punye badan.


Sekian, harap berpanjangan la entri kat blog ni....